Hikmah Bersikap Sabar dan Bersedekah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
bersedekah

Hikmah Bersikap Sabar dan Bersedekah - Pada suatu hari Saidina Ali ra pulang dari rumah Rasulullah saw dan didapatinya Fatimah isterinya sedang memintal dan Salman Al-Farisi sedang memisahkan-misahkan bulu ternakan. Ketika sampai di rumah Saidina Ali ra berkata kepada Fatimah :"Ya Fatimah, adakah pada hari ini engkau mempunyai makanan untuk aku?" 


"Demi Allah aku tidak mempunyai apa-apa akan tetapi aku punya wang enam dirham sebagai upahku yang diberikan oleh Salman Al-Farisi dan wang ini untuk membeli makanan Hassan dan Hussien,"jawab Fatimah ra.

Lalu Saidina Ali berkata : "Wahai isteriku, berikanlah wang itu kepadaku. Kemudian Fatimah pun memberikan wang itu kepada Saidina Ali. Kemudian Saidina Ali keluar rumah untuk membeli makanan. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang lalu berkata :"Siapakah yang mahu memberikan wang kepada Allah dengan wang yang baik?" Maka Saidina Ali ra memberikan wang itu kepada orang itu lalu ia pulang dengan hampa.

Ketika Faimah melihat suaminya, Saidina Ali ra pulang tidak membawa apa-apa. Lalu Fatimah menangis dan Saidina Ali ra berkata :"Wahai perempuan yang mulia mengapa engkau menangis?"

Jawab Fatimah:"Aku menangis kerana engkau pulang tidak membawa apa-apa."

Kemudian Saidina Ali ra berkata :"Ya Fatimah , wang itu aku pinjamkan kepada Allah."

Kemudian Saidina Ali pergi menuju rumah Rasulullah saw. Di dalam perjalanan beliau telah bertemu dengan seorang Arab dusun. Orang Arab dusun berkata :"Hai ayah Hassan belilah unta ini. Saidina Ali menyatakan bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli unta itu. Setelah dipujuk oleh Orang Arab dusun itu , akhirnya Saidina Ali ra membeli unta itu dengan harga hutang 100 dirham.

Apabila Saidina Ali ra telah membeli unta itu dengan harga 100 dirham beliau berjumpa dengan Orang Arab dusun ke-2 yang ingin membeli unta yang dibelinya itu. Akhirnya Saidina Ali menjualnya dengan harga 300 dirham. Maka Orang Arab dusun ke-2 membayarnya tunai. Kemudian Fatimah ra berkata :"Wahai suamiku , sungguh engkau telah mendapat rahmat daripada Allah SWT."

Kemudian Saidina Ali pergi ke rumah Rasulullah saw lalu Rasulullah saw melihat kepada Saidina Ali dengan wajah yang tersenyum dan berkata :"Apakah engkau yang akan menceritakan kepadaku atauu aku yang akan menceritakan kepadamu?"

Kemudian Saidina Ali ra berkata:"Engkau lah Rasulullah saw yang harus menceritakan lebih dahulu kepadaku."

Lalu Rasulullah saw berkata :"Hai Ali, tahukah engkau siapa orang Arab dusun yang menjual unta kepadamu dan orang Arab dusun yang membeli untamu?"

Saidina Ali ra menjawab :"Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui ."

Maka berkatalah Rasulullah saw :"Beruntunglah engkau hari ini kerana engkau memberikan pinjaman kepada Allah 6 dirham dan Allah memberimu 300 dirham. Kalau kau perlu tahu bahawa orang Arab dusun yang pertama itu adalah Malaikat Jibrail as dan orang Arab dusun kedua itu adalah Malaikat Mikail as."

Demikianlah kisah ini, bahawa Hikmah Bersikap Sabar dan Bersedekah yang dimiliki oleh keluarga Saidina Ali ra yang serba kekurangan mereka tetap sabar mengharungi kehidupannya. Walaupun didalam serba kekurangan itu dia tetap selalu mengabdikan diri kepada Allah SWT dan selalu bersedekah mencari keredhaan Allah SWT. 

Demikianlah sikap dan kehidupan Saidina Ali ra yang perlu dijadikan contoh oleh kita sekalian. Hendaklah kita selalu bersikap sabar dan bersedekah walaupun serba kekurangan. Janganlah kita angkuh dan sombong tetapi jadikanlah sifat sabar itu sebagai pegangan dalam kehidupan. Bukankah Allah menyukai terhadap hamba-hambanya yang sabar? 

Terima kasih kerana membaca artikel  Hikmah Bersikap Sabar dan Bersedekah ini . 

Sumber : Kisah Motivasi Hidup tenteram dan Bahagia

Daripada ; 
http://mselim3.blogspot.my/
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
April 8, 2016 at 4:10 PM delete

Banyak kelebihan yang kita boleh dapat dalam amalan bersabar dan bersedakh ini

Reply
avatar
April 9, 2016 at 6:50 AM delete

salam.
moga amalan sedekah sebati dalam hidup kita
singgah dari blog kak mia.
http://cahayakehalusankelembutan.blogspot.my

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
April 9, 2016 at 3:23 PM delete

Assalamualaikum MSelim3... besarnya hikmah sabar dan bersedekah dlm kehidupan ini. Subhanallah walhamdulillah...

Reply
avatar
Ainim Suju
AUTHOR
April 13, 2016 at 7:41 AM delete

Assalamualaikum MSelim3. Alhamdulillah, saya dapat kembali menulis di blog. Lama betul tak jenguk blog ini. Semoga saudara sentiasa dalam rahmat Allah ya

Reply
avatar
April 13, 2016 at 1:14 PM delete

insaallah.. nampak nyer begitulah sangat dituntut.. bersabar dan bersedekah nie...

mselim3

Reply
avatar
May 9, 2016 at 10:22 AM delete

Assalamualaikum mselim3.. pertama kali Jida singgah sini..sarat dengan info yang bermanfaat. Tahniah

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon