Kisah Kesyahidan Anas bin An-Nadhr

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
kesyahidan-para-sahabat-rasulullah

Kisah Kesyahidan Anas bin An-Nadhr- Nama penuhnya adalah Anas bin Nadhr bin Dhamdham pakcik Anas bin Malik . Beliau tidak turut serta  dalam perang Badar namun menyertai dalam Perang Uhud. Apakah yang dilakukan oleh Anas bin Nadhr ra.? Anas bin Malik ra menceritakan :"Pakcik Anas bin Nadhr tidak menyertai dalam perang Badar apabila Allah SWT mengizinkan aku untuk bertempur bersama Rasulullah saw maka Allah SWT menyaksikan apa yang aku lakukan.


Kemudian terjadilah Perang Uhud lalu kaum muslimin terdesak kemudian ia berkata :"Ya Allah aku memohon maaf atas apa yang telah dilakukan oleh mereka (pasukan muslimin) dan aku bebas dari apa yang dilakukan oleh kaum musyrikin . Lalu Anas bin Nadhr maju dengan menghunus pedangnya ketika ia bertemu dengan Saad bin Muadz . Saad bin Muadz bertanya :"Mahu ke mana wahai Anas bin Nadhr ? Jawab Anas bin Nadhr :"sungguh aku telah mencium bau wangian syurga yang datangnya dari Jabal Uhud" .

Maka apabila Anas bin Nadhr terjun dalam peperangan hingga beliau gugur dan tidak ada seorang pun yang mengenali jasadnya. Kecuali jasadnya hanya dapat dikenali oleh Bisyamah dan anak perempuan Anas bin Nadhr. Disekujur tubuhnya Anas bin Nadhr terdapat lebih 80 luka yang terdiri daripada tebasan pedang, tusukan lembing dan anak panah. (38)

Maka Allah SWT telah meredhai kesyahidan Anas bin Nadhr dan menempatkannya di Syurga pada tingkatan tertinggi sebagai tempat kembalinya.

Begitulah semangat agung yang ditunjukkan dalam diri sahabat ketika mempertahankan agama yang dicintai. Orang yang berjihad di jalan Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan kejujuran akan mengecapi nikmat syurga di dunia dan di akhirat. Demikianlah halnya dengan Anas bin An-Nadhr.

<Berikut ini adalah senarai nama para syuhada perang Uhud >


Rujukan Hadis (38) Hadis Sahih diriwayatkan oleh Bukhari :4048 Muslim : 1903, Tirmizi :3253 dan Thayalisiy :2527 .
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
March 10, 2016 at 12:12 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Sungguh bertuah mereka dikurniakan syahid dalam mempertahankan agama Islam.

Reply
avatar
March 10, 2016 at 4:03 PM delete

Antara Sahabat Nadi SAW yang hebat. Kena ada semanagt dan cita-cita nak jadi macam mereka juga. Berjuang untuk agama.

Reply
avatar
Aku Penghibur
AUTHOR
March 10, 2016 at 4:34 PM delete

walaikumusalam...kisah yang sangat menarik.... terima kasih berkongsi ...sejuk hati bila datang sini

Reply
avatar
March 15, 2016 at 9:07 AM delete

tacing sungguh bila baca kita orang yang syahid.. semoga kita juga mendapatnya.. amiiin

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon