Kisah Kesyahidan Ashim bin Tsabit Sahabat Yang Dijaga Oleh Lebah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
sahabat-yang-dijaga-lebah

Kisah Kesyahidan Ashim bin Tsabit sahabat yang dijaga oleh lebah- Nama penuhnya adalah Ashim bin Tsabit bin Abi Al-Aqlah dalam Perang Uhud Ashim mencederakan Musafi' bin Thalhah dan saudaranya al-Jallas bin Thalhah dan menyebabkan dua anak panah menembusi tubuh mereka. 


Kemudian ibunda Musafi' dan al-Jallas bin Thalhah iaitu Salafah datang dan meletakkan kepala anaknya di atas pangkuannya . Lalu ia bertanya :"Wahai anakku siapakah yang telah mencederakanmu?"
Anaknya menjawab :"Aku mendengar suara seorang lelaki ketika aku diserang lelaki berkata :"Ambillah dan saya adalah anak Ibnu Abi al-Aqlah . Maka kemudian si ibu bersumpah :"Apabila kepala Ashim diambil maka ia akan minum darah Ashim daripada tempurung kepalanya. Salafah menjanjikan seratus ekor unta kepada sesiapa sahaja yang dapat membawa kepala Ashim kepadanya.

Ashim, telah bersumpah tidak akan menyentuh orang musyrik atau disentuh oleh orang musyrik.

Ketika Ashim gugur dalam Perang Raji , kaum musyrikin hendak memotong kepalanya untuk dijual kepada Salafah (Ibunda Musafi' dan al-Jallas bin Thalhah) . Namun, dengan kuasa Allah SWT telah mendatangkan sekumpulan lebah, kumbang dan menyengat mereka sehingga mereka tidak mampu berbuat apa-apa untuk mendekati dan merosakkan tubuh Ashim. 


Setelah mereka yang pertama gagal mereka berkata"Bahawa kumpulan lebah itu akan pergi dengan sendirinya apabila malam telah tiba. Atas kekuasaanNya, Allah SWT telah menurunkan hujan dari langit yang menyebabkan banjir yang telah menghayutkan tubuh Ashim sehingga kaum musyrikin tidak dapat menemukannya lagi dan tidak dapat menyentuhnya sebagaimana sumpah Ashim kepada Allah SWT untuk tidak menyentuh orang musyirikin atau disentuh oleh mereka selamanya.

Allah SWT telah melindungi Ashim setelah kematiannya dengan sekawan lebah maka ia dikenali dengan sahabat yang dijaga oleh lebah.[22] 

[22] Lihat Musnad Imam Ahmad :2/295, 311 Ibnu Atsir : 4/112 dalam kitab Asad Al-Ghaabah.

Daripada :
http://mselim3.blogspot.my

Terima kasih kerana membaca artikel Kisah Kesyahidan Ashim bin Tsabit ini.
Previous
Next Post »

7 comments

Write comments
February 23, 2016 at 2:14 PM delete

terima kasih saudara Khairuddin Lim,

mselim3

Reply
avatar
February 23, 2016 at 3:22 PM delete

Salam tuan...blog yang penuh dgn informasi dan ketuhanan. Sudah lama saya mencari cari dan kini baru ketemu. Ilmu yang anda kongsikan Inshaallah akan menerima ganjaran dari Allah..saya akan sentiasa berkunjung ke blog anda untuk mencari ilmu

Reply
avatar
February 24, 2016 at 9:46 PM delete

Assalamualaikum tuan, artikel yg sgt menarik utk dihayati. Oleh itu, saya nak minta kerjasama tuan agar dapat meletakkan link blog saya ini: caraislamik.blogspot.com ke dalam senarai blog list tuan. Saya sudah meletakkan link blog tuan ke dalam senarai blog list saya. Blog saya menceritakan tentang perihal agama melalui 90% idea huraian saya dan 10% copy paste dari sumber rujukan. Diharap tuan sudi menerima persahabatan saya melalui exchange link blog sebagai sebaran kefahaman untuk memberi kesedaran khasnya terhadap pengunjung2 blog nanti. Insya-Allah ganjaran pahala yg akan tuan dapat nanti hasil sebaran viral ini hanya Allah sahaja yang tahu berapa banyak yg akan tuan dapat nanti demi kesedaran masyarakat umum. Terima kasih.

Reply
avatar
February 25, 2016 at 8:28 AM delete

waalaikummusalam...saudara ummar farouk2014,

Alhamdulillah blog tuan saya dah masukkan dalam bloglist. Terima kasih bebanyak kerana sudi bersahabat dan sudi link exchange dengan blog mselim3. Terima kasih juga kerana berminat dengan artikel mselim3 yang tak seberapa nie.. moga ikatan persahabatan ini berkekalan.. Aamiin...

mselim3

Reply
avatar
March 3, 2016 at 12:11 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Kisah yang sungguh luarbiasa.

Reply
avatar
March 9, 2016 at 12:15 AM delete

Kisah yang boleh dijadikan panduan. Bila Allah SWT jaga mereka. Masa dah mati pun Allah masih jaga.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon