Haram Jimak Ikut Dubur Isteri..

bungamawarberduri

Dalam masalah hubungan seks ini juga, Allah swt telah menurunkan firman Nya : 


surahalbaqarahayat233

Ertinya : "Isteri-isteri kamu adalah ladang buat kamu, maka datangi ladang kamu sesuka kamu, dan buatlah sesuatu yang baik buat diri kamu , dan takutlah kepada Allah , dan ketahui bahawa kamu akan menemui-Nya nanti, dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. (Surah Al-Baqarah ayat 223)


Berhubungan turunnya ayat ini, ada sebab dan hikmahnya , sebagaimana yang telah disebutkan oleh ulama india waliyullah ad-dahlawi , katanya: Kaum Yahudi telah menyempitkan cara-cara menyetubuhi wanita dengan banyak pantang larangnya tanpa ada hukum dari langit . Sedang kaum Ansar dan siapa yang mengikutinya mereka membuat andainya sendiri , kata mereka :Jika seseorang lelaki lelaki mendatangi isterinya dari belakang , lalu menuju ke depan kelak nanti anak yang lahir akan juling matanya: Kerana itu turunlah firman-Nya seperti di atas: Maka datangi ladang kamu sesuka hati kamu!

Yakni , baik dari belakang maupun dari depan , asalkan matlamatnya adalah satu iaitu faraj wanita tempat berladang itu. Hal ini tidak ada sangut paut dengan permasalahan budaya atau agamanya. seorang manusia tentu lebih tahu tentang permasalahannya yang khusus dalam perkara ini, dan segala yang didakwakan kaum Yahudi itu adalah cakap kosong yang harus dihapuskan. {1}

Tidaklah termasuk hukum agama , untuk menetapkan cara seorang lelaki untuk menyetubuhi isterinya dan bagaimana caranya. Namun yang penting, bagaimana seorang suami itu mesti takutkan Allah swt dan menyakini, bahawa dia akan menemui-Nya nanti. Sebab itu hendaklah dia menjauhi dubur wanita. Ini kerana tempat itu adalah kotor dan jijik, dan perlakuan itu menyerupai perbuatan liwat (homoseksual) yang dianggap buruk dan jahat . Jadi agama islam mengingatkan para suami dan melarang dari mendatangi isteri dari belakangnya. 


Sebab itu juga Rasullulah saw bersabda: 

"Janganlah kamu menyetubuhi isteri-isteri kamu pada duburnya" 

(Riwayat Ahmad,Tarmizi,Nasa'i dan Ibnu Majah) 

Kemudian beliau pernah mengatakan terhadap lelaki yang mendatangi isterinya dari duburnya, dengan sabdanya: 
"Bahawa dia itu adalah liwat (homoseksual) yang kecil" 
(Riwayat Ahmad dan Nasa'i) 

Pernah seorang wanita Ansar bertanya tentang persetubuhan wanita pada farajnya dari arah duburnya , yakni belakangnya, maka Nabi saw membacakan ayat ini : 

-Surah al-Baqarah ayat 223 di atas petikan ini-

 Maksudnya , bahawa matlamatnya mesti satu iaitu faraj wanita . 
(Riwayat Ahmad) 

Umar ra pernah mengatakan kepada Rasullulah saw : 

"Hai Rasullulah saw! Aku telah binasa ! Tanya Rasullulah saw : Apa yang telah menyebabkan engkau binasa? Jawab Umar ra: Aku telah menukar pelayaranku malam tadi! Rasullulah saw tidak menjawab apa pun kepadanya sehinggalah turun ayat yang tersebut di atas, lalu beliau berkata kepadanya: Boleh dari depan dan boleh dari belakang , tetapi ingat jaga dirimu sewaktu wanita datang haid dan hindari duburnya " 
(Riwayat Ahmad dan Tarmizi) 

{1}Hujjatullah Al-Balighah,jld 2 , hal.134 

Petikan :

Halal dan Haram Dalam Islam 
Dr.Yusuf Al-Qardhawi
Halaman 319-321

psl : mselim3 sentiasa berkongsi dengan kekawan apa sahaja ilmu , tidak ada niat nak buat entry lucah ker apa... sharing is caring... berdosa besar jika mselim3 menyembunyi ilmu yang diketahui..ilmu utk dikongsi. 
Previous
Next Post »

11 comments

Write comments
Ratu Hatiku
AUTHOR
February 25, 2013 at 10:16 AM delete

Trima kasih atas ilmu yang berguna ini ya..

Reply
avatar
Kak iman
AUTHOR
February 25, 2013 at 10:24 AM delete

nice share BK pon ada gak membaca dan pelajrinya

Reply
avatar
noor azlan
AUTHOR
February 25, 2013 at 11:22 AM delete

Tq for share.... Nice info..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 25, 2013 at 11:38 PM delete

terbaik bro....dapat tambah ilmu walaupun aku masih single lg ni...:P

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 26, 2013 at 7:53 AM delete

Thanks for info, ilmu bermanafaat ni..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 26, 2013 at 12:17 PM delete

thanks mrselim....entry terbaik

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 26, 2013 at 1:50 PM delete

ramai yang masih tak tau ni sebenarnyer, tq share ye

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 28, 2013 at 2:09 PM delete

kalau buat jugak memang org tu ada masalah seksual atau gila seks... kemungkinan hidup dalam 'dua alam'... :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 28, 2013 at 3:47 PM delete

bagus post nya admin
mohon ke sini ye http://global4down.blogspot.com/
follow juga ye.Trimas

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 28, 2013 at 3:49 PM delete

bagus post nya admin
mohon lawati juga ya http://global4down.blogspot.com/
dan jgn lupa follow juga ya.
trimas

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon